Monday, 22 April 2024

Barang wajib beli untuk Newborn & First time mom

Mesti bakal ibu berdebar kan nak mengharungi fasa sakit, fasa tak cukup tido tapi pada masa yang bersyukur dan bahagia kerana dianugerahi rezeki yang tidak ternilai dari Allah swt.

Harini hari ke 30 saya berpantang dan saya berbesar hati nak share barang2 yang ibu2 kena tahu sangat membantu dalam proses jaga bayi comel anda ♥️

As a first time mom, memang tak menyesal beli semua ni untuk baby newborn 🥹🫶

Bookmark / share link / save link ! Demi keselesaan dan kebahagiaan baby sayang  & ibu🪻

1. Baby cot

2. Tilam baby

3. Bedung instant baby

4. Trimmer kuku baby

5. Ampaian

6. Sterilizer

7. Diaper cream

8. Minyak telon

9. Diaper cream

1. BABY COT

Gambar sebagai bukti pembelian baby cot 🥹🫶


Senang nak pergi ruang tamu, masuk bilik, seret je baby cot nak pergi mana2. Boleh buat buai pulak tu 🥹🫶

Mosquito net takda pun xpe sebab baby nb nak menyusu setiap 2 jam, susah pulak nak buka tutup net 🤭

s.shopee.com.my/3AktFvj2nJ

2. TILAM BABY


Tilam baby untuk keselesaan baby, takkan nak bagi dia baring atas kain batik leper, kesian dia 🥹

Tilam ni memang recommended sebab gebu and lembut. Bantal pun bukan flat pillow so just nice 🫶🪻

s.shopee.com.my/9pHnCF9O3B

3. BEDUNG INSTANT BABY

Wani recommend beli bedung instant ni sebab nb banyak nak kena follow up dekat kk.

Takkan nak timbang baby, ambil darah baby, terhegeh2 nak bukak balutan bedung baby. Kesian mama 🥹🫶

shope.ee/2VVCSoitMN

4. TRIMMER KUKU BABY FRIENDLY

This is a game changer. Korang dah xperlu takut nak potong kuku baby !

Ni mmg baby friendly tak sakit. 

Kalau tak, terpaksa hadap muka baby calar2. Nak nangis tengok muka anak calar balar mcmtu 🥺

s.shopee.com.my/7KaTPBgmur

5. AMPAIAN


Ampaian ni nampak macam tak perlu kan, tapi sebenarnya perlu yee mak mak sekalian.

Penyepit banyak boleh sepit mitten & booties, tempat sangkut banyak senang nak sangkut baju baby yg kecik and comel tu ❤️

6. STERILIZER BABY BOTTLE & BREAST PUMP

Sebelum beranak rasa membazir.Tapi lepas beranak, rasa keperluan.

Kadang2 baby sakit perut kita risau xtahu sebab apa. So, untuk nak selamat beli sterilizer untuk botol susu baby dan breast pump mama. Matikan segala kuman yg ada selamat utk baby ❤️


7. DIAPER CREAM
Diaper cream cetaphil ni wajib !

Kadang2 mama terlelap lama dengan baby, sedar2 baby berak sampai bontot merah. 

Wani pakai diaper cream ni sangat menjadi. Contohnya pagi bontot merah, tengahari dah elok. 


8. MINYAK TELON
Minyak telon untuk kembung baby paling recommended

Wani pakaikan dekat anak, tak sampai 10minit dia kentut and berak sekali pakej 🤣


9. KRIM/CREAM RUAM BABY


Krim ruam baby yang viral dekat tiktok, krim bzu bzu.
Wani pakai ni dah 3 hari nampak kering ruam baby. 

Nanti dah seminggu wani update lagi. So far mmg recommend sbb texture dia lightweight sesuai utk baby ❤️


Thursday, 9 June 2022

Pengalaman Interview Jawatan Pegawai Penyelidik Q41 SPA


Result temuduga dah keluar semalam... Dan Wani.... Tidak Berjaya :( Tapi takpe, as long as kita dah cuba yang terbaik, kita kena redha dengan aturan Allah. Mungkin jawatan / kerja tersebut bukan yang terbaik untuk kita dan mungkin juga tak cukup berusaha. Lepasni kena put more effort.

Jadi, di sini Wani nak kongsikan pengalaman interview di SPA. Nak cakap Tips tak boleh pulak sebab tak dapat kan :(

Lepas je berjaya jawab ujian Psikometrik, sebulan selepas dapat keputusan ujian tersebut, Wani dipanggil untuk hadiri Temuduga di Putrajaya. Wani yang set lokasi di Putrajaya di Profile SPA9i. 

Hari yang ditakuti telahpun tiba. Wani punya Interview ialah pada tarikh 26 April 2022 pukul 10 pagi. Kebetulan pada tarikh tersebut, tempat kerja Wani ada KFC Audit. Dan Wani pula in charge bahagian Pest Control jadi, nak taknak lepas interview memang kena datang kerja. Sebab tak ada orang lain yang boleh handle selain Wani.

Cerita pun bermula....

Wani sampai ke Putrajaya pukul 9 pagi. Dalam pemikiran, nak sampai awal supaya boleh buat last preparation. Tetapi malangnya, wani sampai ke bangunan SPA pukul 9.30 pagi. Nasib baik gerak awal ! Kalau korang nak tahu, sebenarnya bangunan SPA ada 2. Satu bangunan lama dan satu bangunan baru. Jadi, korang kena make sure korang punya interview dekat bangunan yang mana satu. Memang tak jauh sangat antara 2 bangunan SPA tu tapi, cabaran kedua Wani ialah salah blok pulak dekat bangunan baru SPA. Dalam bangunan SPA yang baru tu (tempat Wani ditemuduga), terdapat banyak Blok dan Blok yang wani cari untuk ditemuduga tu dah 15 minit pun tak jumpa-jumpa. Dah jumpa blok, tak jumpa parking pulak. Petanda buruk dari awal lagi agaknya hahahahahaha...

Alhamdulillah Wani parking kereta, pukul 9.30 pagi. Masuk dalam bangunan dan mula mendaftarkan diri. Dalam email tawaran memang disuruh pakai face shield dan face mask. Tapi, face shield boleh beli di sana. Namun begitu, face shield yang dijual adalah berharga RM5. Mahal ya!!! Tapi yang peliknya masa interview semua kena buka, face mask & face shield. Nak dijadikan cerita, ketika Wani sedang mendaftar, ada seorang candidate dimarahi staff SPA sebab dia tidak siapkan apa-apa dokumen yang diminta. Kemungkinan, dia tak perasan dalam email SPA / dia tak baca. Kita yang tengok pun seram apetah lagi dia yang menghadapinya.

Jadi, Tips yang pertama korang kena buat sebelum ditemuduga ialah, upload dokumen yang diminta di pautan yang ditetapkan. Semua guideline ni akan diberitahu bulat-bulat di dalam email tawaran temuduga tu nanti. Jadi, jangan terlepas baca / pandang. Seram weh !!

Sebelum datang ke tempat temuduga, sediakan dokumen lain yang telah diminta melalui tawaran yang diemail secara hard copy jadi, sediakan siap-siap semua dokumen tersebut dan susun cantik-cantik di dalam fail. Jangan dah sampai baru terhegeh-hegeh cari dokumen. TACODD MAKKK!

Ketika ditemuduga, ini soalan-soalan yang wani ditanya. Sejujurmya, wani memang boleh jawab semua soalan yang dikemukakan. Tapi, mungkin jawapan Wani tidak mencapai citarasa Pegawai SPA tersebut. Tidak mengapalah..

Soalan yang ditanya dwibahasa ya. Mula-mula Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Inggeris.

Soalan-soalannya ialah:

1. Boleh ceritakan serba sedikit tentang diri sendiri seperti ibu bapa, tempat kerja sekarang, jawatan yang dipikul ketika belajar di universiti untuk kami ketahui tahap leadership cik.

2. Tahu tak jawatan ni akan ditempatkan di mana?

3. Cik tahu jabatan-jabatan apa yang ada di bawah KKM?

4. Berapa gaji cik sekarang kalau cik boleh kongsikan dengan kami?

5. What kind of research do you want to make after you get this job?

6. What do you think about MOH and what / how do you think MOH can be improved?

7. Is there any question from you before we end this interview session?

Time interview kena buka mask tau. Maybe dia nak tengok reaction muka kita / tengok tahap kecantikan kita. TIBERRRR.

So, itu sahaja soalan yang ditanyakan dekat Wani. Rezeki ada di mana-mana. Yang tak dapat jangan sedih, yang dapat ribuan tahniah kepada anda. Semoga tulisan Wani dapat membantu korang yang membaca. Apa-apa pun, semoga berjaya !

Kat bawah ni, Wani share apa yang korang kena buat selepas dapat tawaran temuduga SPA:

1. Baca email sampai faham dan sediakan dokumen-dokumen penting untuk dibawa ke sesi temuduga dan diupload di pautan yang disediakan.

2. Study sikit pasal jawatan yang korang ditawarkan.

3. Prepare soalan-soalan basic interview sebagai contoh : tell me about yourself / why you want this job etc.

4. Pakai pakaian formal contoh: kasut bertutup.

5. DATANG AWAL !

SEMOGA BERJAYA !!!!!

Sunday, 29 May 2022

Top/Blouse Idea untuk keluar OOTD (Boleh dapatkan di Shopee) & Tips beli barang di SHOPEE

Perempuan ni terkenal dengan baju banyak tapi tak tahu nak pakai baju apa...Tudung banyak tapi tak tahu nak pakai tudung apa...

Kadang-kadang tu, sampai berselerak bilik sebab selongkar almari. Bukan itu sahaja, sampai bilik kakak/adik kita selongkar nak cari baju untuk keluar dating / jalan-jalan...

Dekat sini wani listkan 20 jenis top / korean top / blouse yang cantik-cantik belaka. Semua ni boleh dibeli di Shopee jerrrr. Harga semua bawah RM25. Tapi, yang bestnya, mostly harga below RM15 !!!!

Jommm tengok dengan wani baju apa yang sesuai untuk perempuan muslim macam kita pakai :)

Oh yaaaa ! Sebelum wani terlupa, wani nak share 3 Tips terbaik kalau nak beli dekat Shopee untuk dapatkan kualiti dan harga yang terbaik.

Tips beli barang di SHOPEE

a) Tengok berapa banyak seller tu dah sold. Ini supaya kita nak make sure seller tu trusted atau tidak. Tapi, jaranglah seller Shopee scammer sebab Shopee boleh ambil tindakan sewajarnya ke atas scammer. Sebab tu, scammer jarang ada dekat Shopee.

b) Yang pertama, make sure baca review customer lain supaya kita tahu barang yang kita nak beli tu seperti yang digambarkan dalam gambar atau tidak.

c) Lepas masukkan barang yang kita nak purchase tadi dalam cart, tekan butang 'edit' dan kemudian tekan butang 'similar'. Kemudian, korang boleh nampak Shopee akan listkan barang yang sama, tapi harga & kedai yang berbeza. Dekat sinilah korang boleh bandingkan barang dan harga yang lebih baik OKAY!?

Top/Blouse Idea untuk keluar OOTD 

1. https://shope.ee/3fPKWyD5Ci

2. https://shope.ee/99kH56VGmR


3. https://shope.ee/2fWnLJLacK






 
10. https://shope.ee/4ALb8SWVvt


12. https://shope.ee/3pikjwDgwq

13. https://shope.ee/6zfmVnitWM

14. https://shope.ee/4Kf1KvjVXV



17. https://shope.ee/8UUaIlKSV0

18. https://shope.ee/9ozxtFfJi4

19. https://shope.ee/1VKpxyNMcC

20. https://shope.ee/L8sZrifHl

Thursday, 26 May 2022

Cute Car Accessories Idea

Siapa nak tahu Tips untuk dapatkan interior kereta yang cantik dan comel??

Jom wani kongsikan barang2-barang yang kena ada dekat dalam kereta supaya bila orang masuk, orang akan cakap: "OMG! Wehhh comelnya kereta kau!"....

Ini dia, accessories kereta yang comel dan murah korang boleh dapat dekat Shopee !!!

Jom kita start dengan Nombor 1 !

1. Head Rest & Bantal / Flushies (<RM15)



Wani rasa ni memang priority sebab wani jenis drive jauh. So, kalau penat ada head rest ni kurangkan lenguh leher. Plus, anak buah / kawan-kawan yang tumpang kita pun selesa naik dengan kita :)

2. Dream catcher (RM14)





Usually kita memang suka letak & hias dengan dream catcher dekat front mirror kan. Korang boleh juga letak itik comel macam kat atas ni ...


3. Seat Hook (RM2)




Sekarang dah jadi norma hidup yang kita semua kena pakai mask untuk elakkan diri dari dijangkiti wabak COVID19. Kalau dalam kereta kita mesti nak buka mask tapi tak tahu nak sangkut dekat mana. Ni dia, korang boleh sangkut mask, spec mata, kunci dan macam-macam lagi!


4. Cute Mini Dustbin (<RM15)





Ada dalam kalangan kita yang tak tahu sampah kena buang dalam tong sampah. Lagi-lagi kalau masuk dalam kereta, diorang main selit-selit celah seat kereta. Tak pun ada yang campak je dekat alas kaki kereta sebab diorang bijak bestari cemerlang gemilang dan terbilang :) Jadi, saya syorkan untuk korang beli tong sampah mini yang comel ni. Andai kata diorang buang sampah merata-rata jugak, lebih afdhal korang buang manusia tersebut di atas jalan raya. Tendang sahaja keluar :)

5.Wheel Cover (RM20-RM31)




Kalau dah bosan tengok stering hitam, apa kata belikan kereta kesayangan kita wheel cover. Comel pulak tu !


6. Car Dining Tray (RM9-RM13)




Mustahil korang tak pernah makan minum dalam kereta kan! So, wani suggest korang belilah Dining Tray untuk kereta ni. FUNCTIONNN TEROOOXXX !!!

7. Neck Pillow



Selain bantal, korang tahu tak kewujudan Neck Pillow ni?? Ini sangat berguna untuk korang yang ada anak / anak buah. Senang diorang nak tidur nanti. Kalau tidak, turun kereta kepala teleng sebab sakit leher. Kesian kan.


8. Tissue Box



Korang tolonglah beli tempat letak tisu comel ni. Tiap kali tengok tiap kali tu rasa nak gomoiii ontot dia...

Setakat itu, ini sahaja idea wani. Boleh comment nak wani bagi idea apa selain Cute Car Accessories ni. Terima kasih membaca. Semoga baca lagi :)

Wednesday, 28 July 2021

TIPS APPLY KERJA DEKAT JOBSTREET

 


Dah setahun aku tangguh nak tulis blog regarding Jobstreet ni. Ramai yang tanya bila nak update. Pandemic ni aku mental breakdown sikit so tak semangat pun nak buat apa-apa.

Kenapa baru nak share sekarang? Hehe. Supaya dapat beri manfaat dekat orang lain yang ramai kena buang kerja due to pandemic kan.

Ok, aku pun amazed dengan diri aku sebab  sepanjang hidup aku, aku dah dapat 7 interviews invitation dan 4/7 ialah daripada Jobstreet. Syukur Alhamdulillah. Tapi the problem is, aku lepas 3/7 of these interviews. Yang lain, FAIL! hahahahah. Lagi-lagi sebab dah lama tinggal study, skill nak cakap English aku dah berhabuk plus aku ni mudah gugup. Sadis kan. Interviews banyak tapi x lepas-lepas. So sekarang aku share tips apply Jobstreet dulu. Hope it helps.

Oklah tanpa membuang masa jom aku nak share macam mana cara nak dapat job through Jobstreet. First of all, mestilah kena ada akaun Jobstreet dulu.

1.      1.  ADA AKAUN JOBSTREET

2.      2.  PITCHING JOBSTREET (PENTING)

Meh aku tunjuk aku punya pitching so korang boleh copy paste je kan senang.

Contoh:

        Graduated from IIUM in Biochemical Engineering, having 3 months internship experience in Top Glove and 2 years experience of QA Executive in F&B industry having a high competencies in Microsoft Office, Lab skills and knowledge on ISO 22000 giving strength to be in the organisation.

Pitching hanya 300 words so guna sebaik mungkin promote diri sendiri. Additional points dekat sini is,korang letak skill apa yg dia nak. Macam mana? Haaaaa, mestilah korang kena baca job description dia. Let say, dia nak orang yang tahu AUTOCAD, coding C++, so korang tambahla dalam pitching tu. Simple ke simple?

3.       3. MAKEUP PROFILE.

Apa yang dia suruh isi dekat profile please lah rajinkan diri isi. Attach la resume & gambar. Gambar make sure gambar yg formal bukan gambar selfie yang korang post dekat social media gedik-gedik tu. Resume please la update. Janganlah letak resume yang time nak apply intern. Lama sangat dah tu. Ni contoh profile aku, semua benda aku isi selagi boleh tapi must be relevant lah. Janganlah tipu-tipu.

  


4.       4. APPLY !

Last tips is of course. USAHA! Takda effort macam mana tuhan nak bagi kan. So, apply lah banyak2. Bukan susah. Korang just copy paste balik je ayat pitcvhing tu. Aku letak dekat sticky notes supaya senang aku nak copy paste. So far so good? Any questions boleh Tanya di comment ya. Thank you for reading J


Tuesday, 16 February 2021

SCAMMER BUSINESS ONLINE KELANTAN

 SCAMMER ALERT ‼️‼️‼️


Saya baru lepas kena scam. Saya berniaga bisnes online je pun. Untung banyak mana je 😭


Saya mintak jasa baik anda untuk cari dia ni sampai dapat (KG BANGGOL PAK ESAH PASIR PUTEH KELANTAN) dia dah tipu ramai duit orang. Dia tipu org buat bisnes. Kata dah bankin. Tapi belum bankin. Dia edit resit. Semoga pengajaran untuk semua.


Okay ni contact no & alamat dia. Aku xtahu alamat ni betul ke tak. 


No telefon (ada dalam gambar / boleh klik link ni save terus as scammer): 

1. https://t.co/yg0j1iiYzH (+60 11-3031 6237)

2. https://t.co/9WeCaBiydD (+60 11-1622 2830)


Nama: Nur Ain


Alamat: lot 38 kg banggol pak esah 16800 pasir puteh kelantan 


Tapi memang dua2 alamat dia bagi alamat yg sama. Sebab dia purchase dua kali. So aku seru warga kelantan tolong gegar rumah dia. Dia bukan scam aku sorang je. Dah ramai rupanya 😤 


Salah aku jugak sebab aku xbijak and dia bijak. Dia bankin right before aku nk post so, aku rushing aku terus post without tgok transaction. Actually aku nak tgok tapi kebetulan internet slow so maybe bukan rezeki aku. Dahlah bankin pakai ibg. Aku kalut sangat nak pos so aku pun terkena. So please save nombor dekat atas tuuu incase in future diorang ws korang nak beli barang. 


Sebab lambat sangat duit masuk, so aku tak sedap hati, aku pun cuba stalk dia. Aku dok cari2 dan aku terjumpa dekat fb (boleh refer gambar dekat bawah)


Tapi yg peliknya dia beli tudung dengan cara haram 🥲 aneh2 manusia zaman sekarang. And berani betul dia cakap halal haram dengan aku 🤣


Sedih sebab kita struggle cari duit untuk family dengan diri sendiri. Duit kawin pun takat mana je ada ni. Takpelah aku redha je. Cuma harap org lain tak terkena. Selalunya org yg nak berjaya ni, mostly kena tipu / gagal. So maybe ni permulaan untuk aku berjaya in shaa Allah

Friday, 4 December 2020

Cara bercukur yang betul

Okay hye guys, so harini aku tergerak hati nak tulis pasal cukur ni. Sebab, lepas banyak membaca, especially from kak Iman AbdulRahim dekat ig, twitter dan blog dia, and also baca jugak from other writers, aku jadi lebih clear pasal bercukur ni. Eh hellooo, bercukur ni perlu okay. Korang nak ke Miss V korang macam hutan hujan tropika or ketiak korang berbuluss sampai nak pakai singlet dalam rumah pun segan. Tak nak kan, so jemput baca cara simple aku bercukur/epilator. Benda ni tak perlu malu. Cukur Miss V pun sunat tau. So this is to educate korang yang tak selesa after shaving/epilating or else tak pernah cuba nak shave langsung.

1. Ketiak

Ramai yang shave ketiak these days and you know what? This is wrongggggg ohhh emmm G.O.D !!! 

Jangan shave ye sayangku sekalian. Okayla, sejujurnya ketiak aku gelap dulu sebab tak pernah tahu kewujudan epilator ni. So, once a week mesti shave sebab memang tak suka tengok ketiak berbulu. But then, tergerak hati nak baca satu tweet pasal shave ketiak ni. Dari situlah aku tahu bahawasanya shave ketiak is WRONG. 

Please change to epilator !!! Epilator ni function dia sebenarnya cabut bulu-bulu and if lucky, dia akan cabut from akar. Bila cabut from akar, bulu takes time untuk tumbuh and sometimes, dia dah tak tumbuh langsung. Lepas a month pakai, happily i can say, ketiak aku makin cerah. Nak kata putih berseri tu tak la tapi BETTER SANGAT2. TAK MALU NAK TUNJUK KAT SUAMI. Tapi aku belum ada suami la nak tunjuk hehehehe.


So epilator yang aku pakai ni tak sampai RM30 pun, tapi kalau korang ada duit lebih belilah yang lagi okay. Sebab bak Nia Ramadhani cakap, pakaian takpe beli murah2. Yang penting muka dan badan tu kena invest lebih tau. So aku beli produk from KEMEI. Its good okay.  Murah and it can do its duty! Mencabut bulu lah. Aku first timer kan using epilator ni. So first time aku try dekat ketiak. Make sure sebelum apa2, trim dulu bulu ketiak korang yang dah 10 tahun tak cukur tu. Sebab epilating dengan buluss yang panjang bak rambutmu, memang sakit lah cerita dia. Kalau pendek, tak sakit pun okay. Macam gigit semut je. Tapi kalau dah biasa memang dah tak rasa apa. Wat lek wat peace jerrr !






Bercukur adalah salah satu aktiviti penting untuk kebersihan wanita zaman sekarang. Epilator sudah so bawah ni nak tunjuk product common shaving. Of course VEEEETTTT!!! 

Okay produk semua dah diperkenalkan so now tips cara nak guna ! Okay ni cara aku bercukur okay:

Steps

Trim>Scrub(with warm water)>Epilating>Shave/Cukur>Moisturizer❤


1. Before korang start epilating, Yup ! Aku start dengan epilating and then barulah aku bercukur. Miss V not included sebab epilating to me is a very no no for Miss V. Wehh sakit gilaaa kot??!!! So, aku start epilating bulu kaki and ketiak. Normal lah ada bulu kaki and ketiak so jangan segan2 eh. Aku dah study dah, in Mexico, perempuan yang berbulu ni actually dikategorikan sebagai perempuan sexy tauu. Lelaki dekat Malaysia je kuat judging. So jom kita kawin dengan orang Mexico! HAHAHA ok gurau.

Eh jauh pulak sembang. So, sebelum epilating, kalau taknak sakit, make sure trim dulu the buluss okay.

2. Haaa dah boleh epilating? BELUM ! Satu lagi tips taknak sakit while epilating is korang make sure to scrub dulu area yg korang nak epilating sebab this can help you guys punya liang pori at those area to buka sikit so that proses mencabut bulu senang. Trim dulu baru scrub sebab nak trim senang before bulu basah. Scrub pakai air suam lagi better to open up the pori tau.

3. OK sekarang baru boleh start epilating. Epilate lah sampai all the bulus tercabut. First timer akan rasa sakit sikit. Well Beauty is Pain kan.

4. Cukur:
Aku baca cukur xbuat bulu korang makin lebat pun. Kasar tu maybe tapi lebat tu MITOS!!!
Kenapa peru cukur? Sometimes, epilating remove half of your bulu that makes your skin rough and rasa tajam2 sikit. Thats why aku suruh beli epilator mahal. This issue might be eliminated. Thats why after epilating aku akan bercukur menggunakan veet. Instructions on how to use VEET ada dekat box dia okay. Tapi, bercukur jangan right after epilating tau sebab this might wound our skin. Sebab after bercukur/epilating, skin jadi a bit lemah gitu. Better shave after 1/2 days.

5. Moisturize. Ni lagi penting. Korang after bercukur akan rasa sedikit gatal2 and burn dekat skin so moisturiser ni la yang sooth your precious skin. Aku pakai aloevera guardian. bestt ! Rasa sejuk je. Korang boleh je nak pakai lotion or any moisturize products.


So I think this is it. To you guys yang berbulu dont be shy, some of the lelaki yang tak jusgemental can accept the way you are. And tak ada masalah pun for having bulu. Normal ok. Kalau korang nak tahu, aku dah nampak few artis yang berbulu tapi sebab dalam tv kan, takkan la dia nak close up tunjuk bulu dia. HAHAHAHAHA. And most of pelakon yang kita tengok kaki diorang licin and everything, sebab diorang bercukur lah. Aku tak pernah jumpa lagi kawan perempuan aku yang licin tak ada bulu. Kalau ada pun sorang seingat aku. So dont lose hope. Aku advice macamni sebab aku kenal someone yang low confident about herself sebab bulu banyak ni. Just Dont ! Love yourself. Tak salah pun berbulu ke tak ke. OK!

So this is it ! Aku harap dengan penulisan aku ni sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran, semangat dan ilmu untuk bercukur. So, goodluck ! Hehehehe