Thursday 5 May 2016

Pulau Kapas Expedition

18/3/2015(Jumaat)

 First task kitorang is kitorang diberi tiket bas. Setiap team lain2 masa bertolak so pandai2 la kitorang nak pergi tbs tu macam mana. Tapi kena make sure sampai tepat pada masa. Ceritanya kitorang punya bas is Jasa Pelangi. Memang sangat berjasa sebab selesa gilaa nak mateyy sebab dengan ada soket + luas gila. Selesa habis! Xada cerita pun kat sini sebab dalam bas kan so kitorang tidur dengan bahagia sampailah ke destinasi.

19/3/2015(Sabtu)

Tepat pukul 5.00 pagi, sampai ke stesen bas di Kuala Terengganu. Semua still mamai lagi. Nak dijadikan cerita, semua terjaga masa sampai tu. Tapi disebabkan mamai, semua nak sambung tidur. Aku cakaplah, "bukan dah sampai ke, asal korang xturun". Diorang xnak dengar cakap aku, so aku malulah kat situ aku ingat aku yg salah so aku pun duduk balik. Lepas tu sorang pakcik ni maybe nampak kami terpinga-pinga so dia pun tanya "adik semua ni nak pergi mana?" "Kami nak pergi Kuala Terengganu pakcik" "Laaa sinilah Kuala Terengganu. Kalau adik xberhenti sini, adik berhenti kat Unisza tu. Jauh tu dik".
Maka, kami pun turun dan menuju ke Masjid Putih iaitu task kami yg kedua.

Sampai di masjid putih kami tggu solat subuh. Kami bersihkan diri semua di situ. Pada pkul 8.00 pagi, kami berkumpul dan diberi task mengikut group masing2.

Task kami yg pertama, selfie dengan ape entah. macam jata tu. ok xingat so abaikan. Okey then dah. Kami pun menuju ke Masjid Terapung.  Kat sini kami kena interview sellers kat situ. Berdekatan dengan masjid tu ada Lagun . Lagun ni macam taman ada kedai and pondok rehat. Kira macam tempat lepak jugak lah. Kat sini kami kena interview tourists yg ada. Selepas sudah selesai semua task yg simple lagi menyeronokkan tu, kami pon ditugaskan untuk pergi ke checkpoint terakhir iaitu Pantai Batu Buruk. Tapi disebabkan kami lapar and panas, kami pergi KFC DULUUUU!!!


Bila diorang dah panggil, barulah kami pergi ke checkpoint. Hehe. Kat situ, ya Allah aku ni terpesona dengan cantiknya pantai tu. Ayaq jeghnih biru cantik giler. So aku selfie and ambil gambar banyak2. Nak tengok? Ni aku ada letak video teguih (⌒_ ⌒ )




Malam tu kami ada briefing kat tepi Pantai Batu Burok. 
Lawa kan. Xboleh moveon sampai sekarang. Lepas tu kami diberi tugas untuk masak di Pulau Kapas tu, and kami diberitahu barang kat Pulau Kapas tu mahal gila so kami decide utk beli dekat Kuala Terengganu je. Malam tu ketua kitorang suruh kami tidoq dekat tepi pantai tu. Kami on je. Ye lah kau dah penat plus sedap pulak tu angin sepoi2 tepi pantai tu.


 Tapi tiba-tiba ada mat2 rempit stop dekat dengan kitorang. Masa tu kami memang dah otw nak tidoq dah. Bila diorang datang memang xjadila nak tido. Seram la kot2 mereka buat apa2 kat kami kan. Yang lelaki tido kat pondok tinggi atas tu. Kami penat sangat so kami terpaksa lah ignore. Tiba-tiba sorang makcik datang approach kami. Dia kata "nanti air pasang dik. xsempat nak selamatkan diri". Kami apa lagi cuak laa. Lepas tu kami decide nak tido dekat masjid berhampiran. Masjid ladang nama dia. Kat situlah kitorang dapat ciuman dari sejuta nyamuk. Habis merah2 muka tangan kaki semua bangun pagi esoknya. Tekezut gilos. 

20/3/2016 (Ahad)

Maka bermulalah destinasi kami ke Pulau Kapas. Tibanya kami di stesen bas, kami diberitahu, bas bertolak pkul 8 pagi. Kami sampai sana dalam pkul 7 pagi macam tu so dpt bayang x kami bangun pkul berapa ? Transport ke Pulau Kapas pukul 9 kalau xsilap sebab tulah kitorang rushing na mateyy. Sambil tggu bas begerak kami pergi beli barang basah kering semu utk bekalan di Pulau Kapas nanti. 

Kitorang naik bot ke Pulau Kapas. Memang bapak laju bro tu bawak sampai nak tercabut tengkuk aku. Tapi memang best la sebab udara pagi kan. Dah nak sampai tu, subhanAllah air dia bapak jernih ko boleh nampak ikan, batu karang semua dalam air tu. Aku sangat2 speechless lawa gilaa. Aku rasa bertuah sangat sebab dapat tengok semua tu. Otw ke Pulau Kapas tu tetiba shida(roomate) pergi bagitahu semua org, haritu birthday aku. Maka bergemalah lagu birthday kat dalam tu. Malu gila but at the same time aku rasa happy sangat sebab sambut birthday dalam bot. Untung kan aku :)

Bla bla bla kitorang kemas semua masuk barang dalam khemah semua, kitorang pun mulalah aktiviti. Aktiviti bebas so memang bebas lah. Aku main bola tampar. Lepas tu kitorang main werewolf ramai2. Sampai ada yg shaking sebab takut mati. Kelakar gila padahal game je pun. Tapi aku pun cuak main game tu hahaha! Then Aku snorkeling sampai tengah laut waktu senja pulak tu. First time tau aku snorkeling. Memula cuak gak lah. Tapi fikir balik, bila lagi ko dapat moment macam ni. Memula tu aku patah balik pergi arat dengan shida(roomate). Tapi kitorang beranikan jugak, kitorang ikut geng2 pro pergi tengah laut tu. SubhanAllah. Xboleh diungkap dengan kata2 betapa indahnya ciptaan Allah evendo bawah laut. Lawa gilaa. Aku nampak ikan, hidupan yg aku pernah nampak dalam national geographic je. Jumpa depan2 rasa sejuta kali kesyukuran. 

Malam tu kitorang ada buat bbq. Teror gila brother perap ayam aku xtipu! Sedaplah senang cerita. So malam tu xada apa pun, makan je aktiviti malam tu. Yg dasyat nye, maybe aku ngan shida penat sangat. Masuk je dlm khemah, letak kepala, aku terus tidur xsedar apa. Tapi dalam pukul 4 pagi macam tu aku tersedar sebab panas. Badan aku berpeluh teruk gila! Tapi sebab penat sngat aku xpeduli dah panas tu. Aku sambung tidur. 

21/3/2016 Isnin

Tiba masa utk kitorang balik. Balik ni naik macam cruise sikit sebab boat besar. Nak tengok? Hehe 

Otw balik tu kitorang singgah satu restoran ni. Aku amaze dengan sata dia. First time makan and ya Allah sedapnyaaaaaaaaaaaa nak nangissssssss!!!! Dapat makan sata ngan otak2 ikan . yummm yummmmm. Okey lepas tu xda apa dah. Otw balik jee. Dalam pkul 7 malam jugak la sampai UIA . ok tu jeee. Ekspidisi ke Pulau Kapas pun berakhir. Yeyyy. 

Alhamdulillah semua selamat :) nak pergi lagiiiiiiii!!!!!