Wednesday 25 December 2019

Steps/Cara-cara nak buat clearance UIA/IIUM dengan lancar dan mudah?

Macam mana nak settlekan clearance UIA/IIUM dengan lancar dan mudah? meh tengok sini... Tips berguna from kawan aku dia listkan one by one. Hope it helps :)

START

1. Sampai je, singgah makan nasi ayam penyet evoke (SEDAP CHUOLLSSS)

2. Dah kenyang makan tu, kita proceed solat kat masjid UIA (ALHAMDULILLAH. KENA TUNJUK KITA HASIL KELUARAN UIA. MANTAP BELAKO BOHH).

3. Pergi pos office. Ambik number (pilih urusan pelbagai) untuk beli sampul surat pos laju saiz A4. Sampul surat ni untuk hantar cocu transcript ke rumah. Tapi kalau taknak pos & nak collect sendiri kat UIA, tak perlu beli.
Harga sampul surat : RM6 (aku beli yang ni sebab ni je paling murah)

4. Pergi finance. Ambik number. Untuk bayar graduation fee (RM200).

5. Dah settle kat finance, pergi AMAD. Untuk collect academic transcript.

6. Lepastu pergi Alumni Office sebelah AMAD je untuk apply Kad Alumni (RM10). Kad ni untuk kau guna kemudahan kat UIA. Kalau taknak pun takpe. Kalau nak, bayar RM10. Lepastu kalau nak suruh dia hantar kat rumah, kena bayar extra RM6. Tapi kalau nak collect time hari graduation tu pun boleh. Kat sini boleh beli sticker kereta untuk Alumni.

7. Lepastu pergi STADD, isi borang kat situ. Borang ambik kat rak. Borang application for cocu transcript. Dah siap isi, bagi sampul surat + borang tu kat dia. Jangan lupa bagi salam kat STADD sebab staff yang nama Hadi tu suka nganjing kalau masuk tak bagi salam.

Okay dah settle. Total kerugian semalam : RM200 + RM10 + RM6 = RM216

THE END

Maka dengan ini you guys dah ready nak grad. CONGRATULATIONS EVERYONE. Hakak grad pada tarikh 26th November 2019 (Selasa). Tahun ni tarikh 26th tarikh ong untuk aku. Sebab apa? Sebab 26/6/2019 aku start kerja and in 2 months jer dapat jadi permanent staff. And then 26/11/2019 aku grad for the 1st and last of my life. Ok tu je saje je bagitahu hehehe ....


All the best for your future endeavors !