Friday 30 October 2020

Sebab kena ambil insurans masa muda


Aku cerita ni benda yang aku tahu jelah. Corret me if Im wrong okay ! Lets start!!!

Kenapa kena ambil insurans? I just took it last month. RM 100 / month with PRUDENTIAL. Dont worry, all package boleh upgrade ! Since gaji aku tak banyak mana so aku ambil package rendah dulu hehe..

Well at first tak ada niat nak ambil pun tapi, tak tahu macam mana aku terdetik nak follow senior aku masa UIA dulu. Then, I saw his post about the insurans package. And then, Im interested, aku terus dm dia. 

He is one of the best staffs at PRUDENTIAL sebab dia banyak menang award so, aku percaya lah. Nak ambil insurans ni kena ambil dengan orang yang boleh dipercayai kalau tidak end up kena tipu macam kawan aku. Sorang memang kena tipu dengan agent insurans while sorang kena tipu dengan agent jugak but kawan dia sendiri. Biasalah kan, duit punya pasal tak kenal dah darah daging or kawan.

Ok move on to WHY KENA AMBIL INSURANS?



Kat bawah ni package yang aku ambil (RM100/month):

(Standard Pack)

🚨Life cover

-Pampasan kematian Rm10,000

-Pampasan cacat kekal Rm10,000

⛑Medical card

-Kos hospital Rm200,000/tahun.

(No lifetime limit)

-Tambahan Rm200,000 untuk rawatan kanser, buah pinggan, jantung.

-Bilik dan katil Rm200/malam.

-Kos Outpatient Rm1,500/year

-Elaun hospital kerajaan Rm100

dan banyak lagi.

💰Saving: 

Est. Rm15,000-Rm23,000 (umur 55)

Bayar bulanan: Rm100 shj

(Cover sehingga umur 70)

Kenapa eh aku beria ajak korang ambil insurans? Korang tahu tak, kalau korang dah sakit, and then korang baru ambil insurans, insurans korang xboleh pakai pun.

Contohnya: 

Abu sakit jantung. Abu pergi hospital, Abu buat treatment sakit jantung but then Abu tak mampu bayar. Abu pun decide nak ambil insurans untuk cover bayaran hospital. Insurans cakap xboleh sebab Abu dah ada history sakit jantung. Maka menyesallah Abu tak ambil insurans sebelum sakit/awal-awal. Even kalau Abu tipu dia tak ada history sakit jantung pun tapi dia pernah buat rawatan di hospital, insurans boleh trace balik tau all kita punya history hospital so, better jangan tipu. At least insurans agent boleh guide/advise insurans lain apa yang kita boleh ambil in future.

Sebab tulah aku galakkan orang muda untuk ambil insurans sebelum terlambat. Kita tak tahu future kita macam mana. So, fikir baik-baik. Insurans ni actually kita buat investment untuk diri sendiri. Cari insurans yang terbaik supaya benefit yang kita dapat banyak. Ada certain insurans company yang tak cover macam-macam so kita rugi dekat situ. Sebelum sign any contract untuk ambil insurans, tanya dia macam-macam. Even korang rasa soalan tu bodoh pun, tanya je. Memang tugas diorang nak jawab semua soalan before korang sign contract tu!!!

Okok aku bagi contoh. Ada insurans yang tak ada saving yang membawa maksud, kalau korang tak guna langsung dui insurans, korang tak dapat apa-apa duit insurans yang korang pernah bayar. Aku bagi contoh, korang tengok dekat package aku yang tulis saving. Bukan sikit tau, banyak !! So make sure korang pilih insurans company yang ada saving and other properties yang korang nak cover ! Package aku memang cover the most important part which is : Medical card + Life cover. Kalau nak tahu beza dua insurans ni boleh tengok dekat first gambar yang aku attach. Both are important as hell !

Aku betul2 harap orang muda kita ambil insurans untuk prepare musibah yang akan datang. Bukan doa untuk musibah tu datang tapi, kita tak tahu apa yang akan jadi in future. Tapi percayalah, Allah uji kita kerana dia sayangkan kita dan dia tahu kita boleh hadapi dengan setiap ujian yang mendatang. Banyakkan berdoa agar kita tabah hadapi segala apa ujian yang mendatang.

Semoga post ini dapat buka mata kalian bahawasanya insurans sangat-sangatlah penting !

Dan terima kasih kepada yang membaca. Assalamualaikum...