Thursday 9 June 2022

Pengalaman Interview Jawatan Pegawai Penyelidik Q41 SPA


Result temuduga dah keluar semalam... Dan Wani.... Tidak Berjaya :( Tapi takpe, as long as kita dah cuba yang terbaik, kita kena redha dengan aturan Allah. Mungkin jawatan / kerja tersebut bukan yang terbaik untuk kita dan mungkin juga tak cukup berusaha. Lepasni kena put more effort.

Jadi, di sini Wani nak kongsikan pengalaman interview di SPA. Nak cakap Tips tak boleh pulak sebab tak dapat kan :(

Lepas je berjaya jawab ujian Psikometrik, sebulan selepas dapat keputusan ujian tersebut, Wani dipanggil untuk hadiri Temuduga di Putrajaya. Wani yang set lokasi di Putrajaya di Profile SPA9i. 

Hari yang ditakuti telahpun tiba. Wani punya Interview ialah pada tarikh 26 April 2022 pukul 10 pagi. Kebetulan pada tarikh tersebut, tempat kerja Wani ada KFC Audit. Dan Wani pula in charge bahagian Pest Control jadi, nak taknak lepas interview memang kena datang kerja. Sebab tak ada orang lain yang boleh handle selain Wani.

Cerita pun bermula....

Wani sampai ke Putrajaya pukul 9 pagi. Dalam pemikiran, nak sampai awal supaya boleh buat last preparation. Tetapi malangnya, wani sampai ke bangunan SPA pukul 9.30 pagi. Nasib baik gerak awal ! Kalau korang nak tahu, sebenarnya bangunan SPA ada 2. Satu bangunan lama dan satu bangunan baru. Jadi, korang kena make sure korang punya interview dekat bangunan yang mana satu. Memang tak jauh sangat antara 2 bangunan SPA tu tapi, cabaran kedua Wani ialah salah blok pulak dekat bangunan baru SPA. Dalam bangunan SPA yang baru tu (tempat Wani ditemuduga), terdapat banyak Blok dan Blok yang wani cari untuk ditemuduga tu dah 15 minit pun tak jumpa-jumpa. Dah jumpa blok, tak jumpa parking pulak. Petanda buruk dari awal lagi agaknya hahahahahaha...

Alhamdulillah Wani parking kereta, pukul 9.30 pagi. Masuk dalam bangunan dan mula mendaftarkan diri. Dalam email tawaran memang disuruh pakai face shield dan face mask. Tapi, face shield boleh beli di sana. Namun begitu, face shield yang dijual adalah berharga RM5. Mahal ya!!! Tapi yang peliknya masa interview semua kena buka, face mask & face shield. Nak dijadikan cerita, ketika Wani sedang mendaftar, ada seorang candidate dimarahi staff SPA sebab dia tidak siapkan apa-apa dokumen yang diminta. Kemungkinan, dia tak perasan dalam email SPA / dia tak baca. Kita yang tengok pun seram apetah lagi dia yang menghadapinya.

Jadi, Tips yang pertama korang kena buat sebelum ditemuduga ialah, upload dokumen yang diminta di pautan yang ditetapkan. Semua guideline ni akan diberitahu bulat-bulat di dalam email tawaran temuduga tu nanti. Jadi, jangan terlepas baca / pandang. Seram weh !!

Sebelum datang ke tempat temuduga, sediakan dokumen lain yang telah diminta melalui tawaran yang diemail secara hard copy jadi, sediakan siap-siap semua dokumen tersebut dan susun cantik-cantik di dalam fail. Jangan dah sampai baru terhegeh-hegeh cari dokumen. TACODD MAKKK!

Ketika ditemuduga, ini soalan-soalan yang wani ditanya. Sejujurmya, wani memang boleh jawab semua soalan yang dikemukakan. Tapi, mungkin jawapan Wani tidak mencapai citarasa Pegawai SPA tersebut. Tidak mengapalah..

Soalan yang ditanya dwibahasa ya. Mula-mula Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Inggeris.

Soalan-soalannya ialah:

1. Boleh ceritakan serba sedikit tentang diri sendiri seperti ibu bapa, tempat kerja sekarang, jawatan yang dipikul ketika belajar di universiti untuk kami ketahui tahap leadership cik.

2. Tahu tak jawatan ni akan ditempatkan di mana?

3. Cik tahu jabatan-jabatan apa yang ada di bawah KKM?

4. Berapa gaji cik sekarang kalau cik boleh kongsikan dengan kami?

5. What kind of research do you want to make after you get this job?

6. What do you think about MOH and what / how do you think MOH can be improved?

7. Is there any question from you before we end this interview session?

Time interview kena buka mask tau. Maybe dia nak tengok reaction muka kita / tengok tahap kecantikan kita. TIBERRRR.

So, itu sahaja soalan yang ditanyakan dekat Wani. Rezeki ada di mana-mana. Yang tak dapat jangan sedih, yang dapat ribuan tahniah kepada anda. Semoga tulisan Wani dapat membantu korang yang membaca. Apa-apa pun, semoga berjaya !

Kat bawah ni, Wani share apa yang korang kena buat selepas dapat tawaran temuduga SPA:

1. Baca email sampai faham dan sediakan dokumen-dokumen penting untuk dibawa ke sesi temuduga dan diupload di pautan yang disediakan.

2. Study sikit pasal jawatan yang korang ditawarkan.

3. Prepare soalan-soalan basic interview sebagai contoh : tell me about yourself / why you want this job etc.

4. Pakai pakaian formal contoh: kasut bertutup.

5. DATANG AWAL !

SEMOGA BERJAYA !!!!!

Sunday 29 May 2022

Top/Blouse Idea untuk keluar OOTD (Boleh dapatkan di Shopee) & Tips beli barang di SHOPEE

Perempuan ni terkenal dengan baju banyak tapi tak tahu nak pakai baju apa...Tudung banyak tapi tak tahu nak pakai tudung apa...

Kadang-kadang tu, sampai berselerak bilik sebab selongkar almari. Bukan itu sahaja, sampai bilik kakak/adik kita selongkar nak cari baju untuk keluar dating / jalan-jalan...

Dekat sini wani listkan 20 jenis top / korean top / blouse yang cantik-cantik belaka. Semua ni boleh dibeli di Shopee jerrrr. Harga semua bawah RM25. Tapi, yang bestnya, mostly harga below RM15 !!!!

Jommm tengok dengan wani baju apa yang sesuai untuk perempuan muslim macam kita pakai :)

Oh yaaaa ! Sebelum wani terlupa, wani nak share 3 Tips terbaik kalau nak beli dekat Shopee untuk dapatkan kualiti dan harga yang terbaik.

Tips beli barang di SHOPEE

a) Tengok berapa banyak seller tu dah sold. Ini supaya kita nak make sure seller tu trusted atau tidak. Tapi, jaranglah seller Shopee scammer sebab Shopee boleh ambil tindakan sewajarnya ke atas scammer. Sebab tu, scammer jarang ada dekat Shopee.

b) Yang pertama, make sure baca review customer lain supaya kita tahu barang yang kita nak beli tu seperti yang digambarkan dalam gambar atau tidak.

c) Lepas masukkan barang yang kita nak purchase tadi dalam cart, tekan butang 'edit' dan kemudian tekan butang 'similar'. Kemudian, korang boleh nampak Shopee akan listkan barang yang sama, tapi harga & kedai yang berbeza. Dekat sinilah korang boleh bandingkan barang dan harga yang lebih baik OKAY!?

Top/Blouse Idea untuk keluar OOTD 

1. https://shope.ee/3fPKWyD5Ci

2. https://shope.ee/99kH56VGmR


3. https://shope.ee/2fWnLJLacK






 
10. https://shope.ee/4ALb8SWVvt


12. https://shope.ee/3pikjwDgwq

13. https://shope.ee/6zfmVnitWM

14. https://shope.ee/4Kf1KvjVXV



17. https://shope.ee/8UUaIlKSV0

18. https://shope.ee/9ozxtFfJi4

19. https://shope.ee/1VKpxyNMcC

20. https://shope.ee/L8sZrifHl

Thursday 26 May 2022

Cute Car Accessories Idea

Siapa nak tahu Tips untuk dapatkan interior kereta yang cantik dan comel??

Jom wani kongsikan barang2-barang yang kena ada dekat dalam kereta supaya bila orang masuk, orang akan cakap: "OMG! Wehhh comelnya kereta kau!"....

Ini dia, accessories kereta yang comel dan murah korang boleh dapat dekat Shopee !!!

Jom kita start dengan Nombor 1 !

1. Head Rest & Bantal / Flushies (<RM15)



Wani rasa ni memang priority sebab wani jenis drive jauh. So, kalau penat ada head rest ni kurangkan lenguh leher. Plus, anak buah / kawan-kawan yang tumpang kita pun selesa naik dengan kita :)

2. Dream catcher (RM14)





Usually kita memang suka letak & hias dengan dream catcher dekat front mirror kan. Korang boleh juga letak itik comel macam kat atas ni ...


3. Seat Hook (RM2)




Sekarang dah jadi norma hidup yang kita semua kena pakai mask untuk elakkan diri dari dijangkiti wabak COVID19. Kalau dalam kereta kita mesti nak buka mask tapi tak tahu nak sangkut dekat mana. Ni dia, korang boleh sangkut mask, spec mata, kunci dan macam-macam lagi!


4. Cute Mini Dustbin (<RM15)





Ada dalam kalangan kita yang tak tahu sampah kena buang dalam tong sampah. Lagi-lagi kalau masuk dalam kereta, diorang main selit-selit celah seat kereta. Tak pun ada yang campak je dekat alas kaki kereta sebab diorang bijak bestari cemerlang gemilang dan terbilang :) Jadi, saya syorkan untuk korang beli tong sampah mini yang comel ni. Andai kata diorang buang sampah merata-rata jugak, lebih afdhal korang buang manusia tersebut di atas jalan raya. Tendang sahaja keluar :)

5.Wheel Cover (RM20-RM31)




Kalau dah bosan tengok stering hitam, apa kata belikan kereta kesayangan kita wheel cover. Comel pulak tu !


6. Car Dining Tray (RM9-RM13)




Mustahil korang tak pernah makan minum dalam kereta kan! So, wani suggest korang belilah Dining Tray untuk kereta ni. FUNCTIONNN TEROOOXXX !!!

7. Neck Pillow



Selain bantal, korang tahu tak kewujudan Neck Pillow ni?? Ini sangat berguna untuk korang yang ada anak / anak buah. Senang diorang nak tidur nanti. Kalau tidak, turun kereta kepala teleng sebab sakit leher. Kesian kan.


8. Tissue Box



Korang tolonglah beli tempat letak tisu comel ni. Tiap kali tengok tiap kali tu rasa nak gomoiii ontot dia...

Setakat itu, ini sahaja idea wani. Boleh comment nak wani bagi idea apa selain Cute Car Accessories ni. Terima kasih membaca. Semoga baca lagi :)