Thursday 9 June 2022

Pengalaman Interview Jawatan Pegawai Penyelidik Q41 SPA


Result temuduga dah keluar semalam... Dan Wani.... Tidak Berjaya :( Tapi takpe, as long as kita dah cuba yang terbaik, kita kena redha dengan aturan Allah. Mungkin jawatan / kerja tersebut bukan yang terbaik untuk kita dan mungkin juga tak cukup berusaha. Lepasni kena put more effort.

Jadi, di sini Wani nak kongsikan pengalaman interview di SPA. Nak cakap Tips tak boleh pulak sebab tak dapat kan :(

Lepas je berjaya jawab ujian Psikometrik, sebulan selepas dapat keputusan ujian tersebut, Wani dipanggil untuk hadiri Temuduga di Putrajaya. Wani yang set lokasi di Putrajaya di Profile SPA9i. 

Hari yang ditakuti telahpun tiba. Wani punya Interview ialah pada tarikh 26 April 2022 pukul 10 pagi. Kebetulan pada tarikh tersebut, tempat kerja Wani ada KFC Audit. Dan Wani pula in charge bahagian Pest Control jadi, nak taknak lepas interview memang kena datang kerja. Sebab tak ada orang lain yang boleh handle selain Wani.

Cerita pun bermula....

Wani sampai ke Putrajaya pukul 9 pagi. Dalam pemikiran, nak sampai awal supaya boleh buat last preparation. Tetapi malangnya, wani sampai ke bangunan SPA pukul 9.30 pagi. Nasib baik gerak awal ! Kalau korang nak tahu, sebenarnya bangunan SPA ada 2. Satu bangunan lama dan satu bangunan baru. Jadi, korang kena make sure korang punya interview dekat bangunan yang mana satu. Memang tak jauh sangat antara 2 bangunan SPA tu tapi, cabaran kedua Wani ialah salah blok pulak dekat bangunan baru SPA. Dalam bangunan SPA yang baru tu (tempat Wani ditemuduga), terdapat banyak Blok dan Blok yang wani cari untuk ditemuduga tu dah 15 minit pun tak jumpa-jumpa. Dah jumpa blok, tak jumpa parking pulak. Petanda buruk dari awal lagi agaknya hahahahahaha...

Alhamdulillah Wani parking kereta, pukul 9.30 pagi. Masuk dalam bangunan dan mula mendaftarkan diri. Dalam email tawaran memang disuruh pakai face shield dan face mask. Tapi, face shield boleh beli di sana. Namun begitu, face shield yang dijual adalah berharga RM5. Mahal ya!!! Tapi yang peliknya masa interview semua kena buka, face mask & face shield. Nak dijadikan cerita, ketika Wani sedang mendaftar, ada seorang candidate dimarahi staff SPA sebab dia tidak siapkan apa-apa dokumen yang diminta. Kemungkinan, dia tak perasan dalam email SPA / dia tak baca. Kita yang tengok pun seram apetah lagi dia yang menghadapinya.

Jadi, Tips yang pertama korang kena buat sebelum ditemuduga ialah, upload dokumen yang diminta di pautan yang ditetapkan. Semua guideline ni akan diberitahu bulat-bulat di dalam email tawaran temuduga tu nanti. Jadi, jangan terlepas baca / pandang. Seram weh !!

Sebelum datang ke tempat temuduga, sediakan dokumen lain yang telah diminta melalui tawaran yang diemail secara hard copy jadi, sediakan siap-siap semua dokumen tersebut dan susun cantik-cantik di dalam fail. Jangan dah sampai baru terhegeh-hegeh cari dokumen. TACODD MAKKK!

Ketika ditemuduga, ini soalan-soalan yang wani ditanya. Sejujurmya, wani memang boleh jawab semua soalan yang dikemukakan. Tapi, mungkin jawapan Wani tidak mencapai citarasa Pegawai SPA tersebut. Tidak mengapalah..

Soalan yang ditanya dwibahasa ya. Mula-mula Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Inggeris.

Soalan-soalannya ialah:

1. Boleh ceritakan serba sedikit tentang diri sendiri seperti ibu bapa, tempat kerja sekarang, jawatan yang dipikul ketika belajar di universiti untuk kami ketahui tahap leadership cik.

2. Tahu tak jawatan ni akan ditempatkan di mana?

3. Cik tahu jabatan-jabatan apa yang ada di bawah KKM?

4. Berapa gaji cik sekarang kalau cik boleh kongsikan dengan kami?

5. What kind of research do you want to make after you get this job?

6. What do you think about MOH and what / how do you think MOH can be improved?

7. Is there any question from you before we end this interview session?

Time interview kena buka mask tau. Maybe dia nak tengok reaction muka kita / tengok tahap kecantikan kita. TIBERRRR.

So, itu sahaja soalan yang ditanyakan dekat Wani. Rezeki ada di mana-mana. Yang tak dapat jangan sedih, yang dapat ribuan tahniah kepada anda. Semoga tulisan Wani dapat membantu korang yang membaca. Apa-apa pun, semoga berjaya !

Kat bawah ni, Wani share apa yang korang kena buat selepas dapat tawaran temuduga SPA:

1. Baca email sampai faham dan sediakan dokumen-dokumen penting untuk dibawa ke sesi temuduga dan diupload di pautan yang disediakan.

2. Study sikit pasal jawatan yang korang ditawarkan.

3. Prepare soalan-soalan basic interview sebagai contoh : tell me about yourself / why you want this job etc.

4. Pakai pakaian formal contoh: kasut bertutup.

5. DATANG AWAL !

SEMOGA BERJAYA !!!!!