Wednesday 6 January 2016

PLKN

       Assalamualaikum. Hari ni nak story mory pasal PLKN. Sebab tadi dok khusyuk skrol fb tiba2 ternampak gmbar aku pegang M16. HAHA . so ape lagi, mengimbas kembali sejarah kenangan peristiwa suka duka time PLKN lah kan.

       Pengumuman calon2 yg tersenarai dapat PLKN time tu masa aku Form 5 kat sekolah menengah. #Jamanhingusan Dengar2 je nama naik mak aih, sedih dia bukan main. Sedih kot, orang kata PLKN ni susah, kau kene buli kene kerah buat tu ini, muka hitam semua sobss. Lepas tu xingat bila, aku nak cek dapat PLKN mana, tup2 aku dapat PLKN Teluk Rubiah. Yg bestnya, aku dapat sama tempat dengan bestfriend aku!! Gila kau xbest kan. Panggilan pertama pulak tu. Orang kata, panggilan pertama ni budak bebaik. So doubtless lah aku mmang budak baik. #janganbash

           The time has come, dh sampai kem, kitorang dibahagikan to groups which are ALPHA , BETA, CHARLIE ngan DELTA. Aku dapat Alpha tapi best friend aku tu dapat Delta. Asrama pon dapat lain2. Aku dapat Aminah. Dia aku lupa pulak dapat apa. Gambar kat bawah ni dormmates aku yg aku rindu sangat2 skang ni. Sebelah kanan tu katil aku. Sepatutnya kene tegang cadar semua kene kemas like hell. Kalau x memang katil kau tonggang tebalik dibuatnya sebab komanden mengamuk. Tapi gambar ni diambil masa nak balik dah. Kotla aku rindu katil aku yg relationship kami stands only for 3 months kan.


Malam pertama kat sini aku stres gak la. rindu family semua. Aku homesick 2minggu kot. Tiap minggu call. Tiap hari xleh sebab fon kene tarik. Tapi, makin lama makin seronok sebab bonding antara dormmates, groupmates memang terbaik gila sebab dah start heavy activities kan so semua macam kene cooperate gila2 punya. xkisah kongsi air,kongsi tempat tidur, kongsi cerita semua. Semua memang cerita situ habis kat situ. Best sangattttttttttttt!!!!


Aku memang xsuka berkawad tapi nak buat camne kan. haa kulit xpayah nak jaga sangat ewh kene kawad sni tengah2 panas terik dengan pakai celoreng bagai, boleh tadah satu baldi peluh. Awal2 masuk tu kitorng ada satu program yg involve modul. So kitorang just duduk dalam kelas. Tido selalu lewat, bangun subuh awal plak tu so kerja kitorang kalau modul xsyok, masing2 nyorok belakang kawan tido. Makanan kantin kat kem ni memang best. Lagipon kem ni antara makanan yg terbaik lah darik kem2 lain. yg Paling aku xboleh nak moveon sampai sekarang is nasi lemak dia. Kalau tahu je nasi lemak dia for breakfast aku rasa semua org turun kot. Macam aku berlari dah kejar nak makan nasi lemak dia. sumpah TERBAIKKK!! 

Ni part paing best. komanden kitorang sporting gilaaa. Kalau budak2 xbuat hal, hujung minggu dia bagi outing.Should be xboleh la kan, budak PLKN keluar outing tapi dia memang terbaik. Dalam dua kali jugak lah dapat keluar. 

DEMAM

Peristiwa aku demam pon xleh bla jugak. Disebabkan peristiwa ni lah komanden kenal aku. After balik dari mid break, aku demam panas. Teruk jugakla. Dahla banyak aktiviti kan, satu apah pon aku xlarat nak buat. So dormmates aku yg caring sangat pasal aku ni diorang paksa aku pergi klinik. mintak mc. So aku pon pergi la klinik. Masa tu, dia suruh rehat kat bilik rehat, mandi semua bagi segar. Aku pon buat lah apa dia suruh. Dia suruh aku rehat, aku apa lagi tidur lah. 

Tiba-tiba aku dengar orang ketuk pintu kuat gila. Aku dengan xpakai tudungnya gelabah la kan. Pakai tudung cepat2. Yang diorang ni dok panggil jerit2 kat luar nak pecah pintu. Lepas tu aku pon nyahutlah kata kejap2. Aku keluar je dari bilik tu semua muka cuak. Uish siap komanden ada kat tepi tu, lagilah aku cuak. Diorang cakap dah dekat 10 kali kejut aku aku xbangun. Aku memang xsedarlah jawabnya, aku kan demam. Lepas tu diorang suruh aku reht kat bilik.

Esoknya, si komanden ni pergi cerita kat atas pentas yg ada sorang budak pengsan kat dalam bilik. Almost nak pecahkan pintu. Aku time tu malu gila, nasib baik dia xsebut nama. Kalau x, malu gila dah kat situ. Lepas tu rajin jugakla kalau komanden terserempak ngan aku dia tegur. Siap ajak makan lagi. Untung gilos kan.

HARI KEBUDAYAAN

Hari kebudayaan ni xada apa sangat. Just nak cerita aku time ni pakai baju punjabi suit sebab aku kena bersajak atas pentas. And group kitorang menang. yeepeeeeeee!!!!

MALAM TERAKHIR

Malam terakhir ni macam anual grand dinner jugaklah. Ketua time ni aku lupa lah anggil apa, tapi aku ingat sampai sekarang nama dia sebab dia dormmates and groupmates aku. Dia memang seorang leader yg terbaik lah. Dia bukan yang pakai tudung tu. Yang pakai tudung tu aku okey. haaa nama di Liew Shaer Jin memperkenalkan.....




Dia ni lah yang pilih aku jadi assistant manager malam terakhir tu. Ya Allah punyalah busy aku, sampai xsempat nak makan, xsempat nak enjoy pon malam2 terakhir aku kat PLKN. Walau apepon yang jadi, program yg aku handle tu success. Alhamdulillah. Tu pon sebab budak2 PLKN semua memang membantu gila babengg punya. Diorang baik gila tiptop! Aku bersyukur sangat ada diorang as aku punya teammates. Memang semua happy gila malam ni. Makanan best, persembahan best. Tema fairy tale malam ni, aku xde la lawa pon sebab muka hitam, nak makeup pon dah xnampak mana satu celak mana satu kulit.

Perpisahan

Masa nak berpisah lah yang paling berat sekali. Sedih weyh dah 3 bulan bersama tapi kitorang kene berpisah pulak. Memangla, setiap perhubungan ada yang akan berpisah and ada yang akan kekal bersama kan. Aku naik bas yang menghala ke Tapah. Aku kene balik dlu sebab bas ke Kuala Lumpur esoknya. aah! Mostly budak kem is budak KL ngan budak Perak. 


Gambar tu diorang lambai aku masa aku nak balik. Sedih dia hanya Allah yg tahu. Aku xbeghenti menangis time ni. Nampak x abam2 botak kat situ. haa mostly skarang dah ada rambut and hensem. #ehsajacakap HAHAHA. So masa ni lah aku kene redha yg suka duka kat PLKN ni semua dah pon tamat. So thats it. Nampaknya PLKN dah xkan ada dah so, da apa pun nak sedih. Semua ni korang boleh dapat jugak masa korang belajar nanti. ok tu je nak oyak. ambo penat taip doh ni. nati ambo taip lagi deh. Assalamualaikum....

A great thanks to PLKN Teluk Rubiah batch 1,2013/2014. Our memories will be kept in my brain forever. Till we meet again ~

Before i forgot, nak selitkan sikit gambar geng hot aku masa PLKN. hehe Rindu :3






No comments: