Monday 4 February 2019

Tips penjagaan muka dan Olay Products Review

Hye. Tiba-tiba terbuka hati nak menaip pasal olay products. FYI, Im a loyal olay user. I think I have used olay since my secondary school until now. Alhamdulillah, until now, aku tak ada masalah sangat dengan kulit muka. My family members selalu puji muka aku glowing. And sometimes kalau burn sebab play sport, kejap je cerah balik. So, aku rasa selain daripada kurniaan/nikmat Allah swt ni, aku ada usaha juga nak kulit cantik ni HAHAHAHAHHAA. Aku lepas pakai olay, aku takut nak try product lain sebab I had breakouts when I was Tahun 3. Yesss TAHUN 3 DAH BREAKOUT. I DONT KNOW WHY and no scientific knowledge yang tahu kenapa belum baligh lagi jerawat aku menakluki wajahku ini.

So sekarang ni, aku nak cerita pasal olay sebab 1st, dia mempunyai harga yang berpatutan. Orang kata harga mampu miliklah. 2nd, mudah dimiliki sebab dekat drugstore belambak. 3rd, all its product memang tak heavy pun. Kalau korang cuba, korang rasa light je dekat muka korang. Okay, kita start lah ! Kita start dengan olay products yang aku pakai sekarang. hehehe

FYI, product-product yang aku beli semua bawah RM 50. Itu kalau tak ada sale. Aku selalu beli time sale so ada yang boleh dapat RM 30 ke bawah.

Current used Olay Products *jeng jeng jeng*
1. Olay Total Effects 7 in One Foaming Cleanser (100g)
Olay Total Effects Foaming Cleanser 100g

For now, dah try 3 foaming cleanser olay. Nak bagitahu yang all foaming cleanser dia memang aku suka. Aku tak suka beli yang cream cleanser sebab aku suka buih. Kalau cuci muka without buih rasa macam tak cuci muka je. Oil dekat muka memang terkawal even aku tak jaga pemakanan langsung. Jerawat pun jarang naik unless stress/period.

Tips: Minyak dekat muka korang or people called as sebum, cannot totally be removed. It is actually one of the natural way to protect your skin from outside dust/bad bacteria. The sebum contains few good bacteria that protect your skin so, a big no untuk tisu lap minyak. The more you removed your sebum using the tissue the more sebum will be produced. So, to those yang have extra oil dekat muka, consult with pakar, or jaga pemakanan, or choose a good skincare product. JANGAN GUNA TISU REMOVE OIL YANG WARNA BIRU TU

2. Olay Total Effects 7 Night Cream (50g)
OLAY Total Effects Night Facial Cream 50G

Kalau korang nak tahu, selain cleanser, aku suka dia punya night cream. Kalau tak ada memang tak sah. Serious cakap.

Tips: Selepas cuci muka, adalah WAJIB bagi manusia untuk apply moisturizer dekat muka. This cream act as moisturizer, yes! This is because, lepas kita cuci muka, our liang pori will terbuka bigger than its normal size jadi, more dust and dirt easily attached. So, apabila kita apply moisturizer, it act as protection from those dirts. Begitu juga dengan function toner. PROTECT!

Then korang bangun pagi, mesti rasa kulit glowing je lepas pakai ni. Kena consistent okay. Mana ada orang pakai harini, esok dah cantik. Nak cantik pun kena ada effort. And yang paling penting is DUIT. hmmm

3. OLAY White Radiance UV Whitening Cream SPF 19 50ml
OLAY White Radiance UV Whitening Cream SPF 19 50ml
Kan aku ada bagitahu tadi, aku kalau burn sebab play sport, senang je nak hilang. Apa yang aku pakai is cream ni. Okay, supposedly kena pakai sunscreen tapi aku tak pakai sebab sunscreen yang aku nak selalu sold out so, aku memang tak pernah pakai sunscreen. Tapi this is a bad habit.

Tips: Sunscreen paling penting for skincare so, jangan tiru aksi ini. Pergi mana-mana mesti kena apply sunscreen. Aku tunggu ada duit je ni baru boleh beli sobs


Buat masa ni, memang aku apply these three sahaja. Nak add something. SCRUB!

Srub aku pakai yang ini.....
St. Ives Green Tea Scrub Blackhead Clearing 170.g (Guaranteed blackhead removal
Tapi ni packaging baru, aku still pakai yang lama sebab dia memang tahan and kita bukan scrub hari-hari. Rosak lah muka. Aku pakai 2/3 kali seminggu. Pakai ni, memang white/black head aku memang hilang. Tapi susah nak permanently removed sebab udara dekat malaysia ni bukan bersih. Sebab tu kita kena scrub 2/3 times a week buang sel-sel kulit mati. Okay ?



Olay Products yang pernah aku pakai *jeng jeng jeng*

Olay white radiance cream cleanser 100G
OLAY Olay White Radiance Purifying Foam Cleanser 100G
1. Olay White Radiance Purifying Foam Cleanser 100G
Sebenarnya aku google nama dua-dua products ni tak jumpa. Tapi both memang foam cleanser and ada tulis white radiance. Packaging dia memang macam ni. Both memang okay gila. Aku tukar ke 7 total effects tu sebab masatu ada sale gila-gila so, sajelah nak try. Turns out, semua cleanser olay ni memang bagus.

2. Olay White Radiance Night Whitening Cream 50g (Original)


Image result for night cream olay


Sebenarnya, dalam banyak-banyak product ni lah product yang paling aku suka. Kalau korang nak tahu, usually kita akan rasa ada white head lepas bangun pagi tu. Tapi, product ni memang buat korang tak ada white head langsung. Bangun pagi memang rasa hidung licin tak menggerutu. Malangnya, aku dah tak jumpa product ni. Maybe sold out atau olay company dah tak buat. Tapi yang night cream aku pakai sekarang still kurangkan white head tetapi tak sehebat product yang ini. sobs !



3. OLAY White Radiance Intensive Whitening Cream 100g 100G

Image result for uv protect olayCream ni aku boleh kata sama dengan day cream yang aku pakai sekarang ni.

Tips: Kena ingat! Dalam rumah pun kena pakai UV protection.




4. All in one fairness day cream UV protection 40g


Image result for uv protect olayDalam banyak-banyak product olay, yang ni satu je aku tak suka. Aku ingatkan, dia ni sunscreen. Tapi tiap kali aku pakai, macam tak ada protection langsung. Muka aku makin gelap kalau nak compare dengan day cream olay. And dia ni murah ya amat. Masa aku beli hanya RM 14. Sebab tulah aku beli HAHAHAHA. But it depends on skin type orang kan. Lain orang lain resultnya.



Maka, berakhirlah nukilan saya pada hari ini. Few products yang saya review dan tips yang saya bagi harap membantu. Tetapi ingat, kulit awak bukan macam kulit saya, dan saya doakan Allah bagi nikmat kecantikan kepada awak. Goodluck !

1 comment:

Anonymous said...

tq for sharing. saya pon baru nak berjinak2 dgn olay ni. sbb muka tgh burn teruk