Thursday 23 June 2016

Tips hilang jerawat, parut jerawat & kulit cerah 💋


Nak hilang parut jerawat?
Nak hilang jerawat?
Nak cerah?

        haahahahahahaaaaa  Aku ni bukan sesiapa nak cakap pasal petua2 cantik ni. Tapi nak tunjuk gambar aku masa tingkatan 1 kalau xsilap. Sebelah kiri tu masa zaman kegelapan aku dulu lah. Yang kanan tu boleh dikatakan zaman kecerahan aku lah hikss
Eh yg gambar bawah tu terbalik pulek. Ok biar malas nak tukor dah 😝





       Aku start tumbuh jerawat penuh satu muka ni masa aku tahun 3. Pelik kan! Aku ni laaaaaaagi pelik bak hang. Aku dah la belum puberty lagi time tu tiba2 xada angin xada ribut jerawat2 aku boleh pulak beranak banyak2 atas muka aku ni. Mula2 tu aku buat lek je la sebab aku bukan tahu erti hodoh tu. Tapi bila kawan2 start notice muka aku yg kebiasaannya peloles tiba2 berkerutu, mula lah lemparan kutukan bertubi2 kat aku diorang bagi. Eventhough time tu aku kecik lagi, aku dah boleh rasa sedih tu. Aku malu sangat muka aku jadi macam tu. Macam2 benda aku pakai tapi still xberjaya. Aku sengsara muka aku macam tu since tahun 3 till hujung tingkatan 2. haaa lepas tu kau semua mintak petua bagai. Bukan aku nak bangga, aku bersyukur sangat sengsara aku tu hilang. Sebab tu lah aku nak share so that orang yg sengsara macam aku dulu tu, bolehlah dapat remedy/cure yang aku share ni. in shaa Allah

       Banyak je produk aku pakai. Sampai aku xsure mana satu yang success mencantikkan menfloleskan muka aku ni *xdela feloles mana pun. So aku share produk yang aku rasa yakin seyakin yakinnya memang ubah muka aku ni dari si hodoh ke si feloles. ACECEWAHHH KAU ! hahahaha.

1.PRODUK PERTAMA
NIXODERM



oK. Apa yang nixoderm ni sumbangkan is dia hilangkan jerawat aku. Mula2 aku xpercaya, mak sedara aku yang recommend kan tapi aku try jelah sebab dia bagi dia punya kat aku. Xpayah aku susah2 nak pergi cari kan. Murah nak mampos macam mana aku nak percaya kan. P/S:gambar tu aku google so harga sekarang aku xsure berapa. 

cara aku pakai:
1. sapu whole face before tidur *sebab whole face aku berjerawat time tu
    -memang akan rasa panas sikit tapi kejap je. tahan la sikit kata nak lawa.
2. bangun tidur basuh pakai pencuci muka.
    -susah sikit nak basuh krim ni so bersabar okey

Aku pakai dalam 3 bulan if im not mistaken. Bila mak sedara aku datang, dia terkejut jerawat aku makin kurang sangat2. PLUS kulit aku makin cerah! 


2. PRODUK KEDUA
PEELING MUNDISARI


ok. Niat aku kat sini bukan nak promot mustika ratu okey. Ingat x aku cakap muka aku berkerutu tadi. Produk ni ayah aku yang syorkan sebab ayah aku cerita dulu dia pon berjerawat jugak, but then jerawat dia hilang. Tapi tinggallah parut2 jerawat yang ketegaq xmau hilang2. Lepas dia pakai dua2 barang tu, alhamdulillah parut jerawat dia makin kurang.

So, aku pon try, alhamdulillah, memang parut jerawat aku berkurang. Kulit licin weh. Sebab dia pun act as scrub taw! Pakai dalam 3 bulan jugak la. Ramai kawan tegur and minta petua ni. Biaq p lah lama asalkan berkesan.

cara aku pakai:
1. letak sedikit serbuk peeling di atas telapak tangan.
2. tambahkan sedikit air mawar dan kacau sebati.
3. gosok dekat parut2 jerawat yang ketegaq tu.
4. bilas


3.PRODUK KETIGA
SOY COLLAGEN



Lepas hilang jerawat dengan parut jerawat, mestilah kita nak putih gebu kan. Dulu2 aku miskin. Budak sekolah kan nak cari duit macam mana nak beli collagen yang mahai nak mampuih tu. So aku pon belilah apa yang aku mampu. Tudia, soy collagen 3 kotak RM60. Murah bak hang lah nak bandingkan dengan yang lain kan. Dulu aku beli yang merah tu. Memang ada dua tu je, coklat and merah. Aku makan dalam 6 kotak. Bukan la aku makan 6 kotak baru putih. Lepas 3 kotak tu orang tegur dah aku main putih. Aku mampu beli sampai 6 kotak je sebab aku dah xda duit lepas tu HAAHHAHAHA.

cara aku pakai:
1. follow rules kat kotak tu hihihi


4.PRODUK KEEMPAT
AIR BERAS


Kali ni bukan produk and senang gila korang nak dapat. Lepas korang basuh beras tu apa kata korang simpan air beras tu sikit. Dulu aku rajin lah buat macam ni, yelah muka xlawa so kene lah put a lot of efforts nak cantik kan. Dalam seminggu jugak lah aku buat ni ada yang tegur cakap makin cerah lah, berseri lah and so on. Aku xtipu!

cara aku pakai:
1. aku ambil air basuhan yang pertama. *mak sedara aku cakap lagi berkesan. wallahualam
2. basuh muka sebanyak 7x disertakan dengan selawat ke atas nabi *niat supaya Allah percantikkan rupa parasku sebagaimana Allah mempercantikkan akhlakku.

__________________________________________________

Semua produk yang aku cerita tu aku xada bohong satu pon. Terpulanglah kat korang nak try ke x kan. Lagipun, setiap orang kulit lain2. Maybe berkesan kat aku xberkesan kat korang. Nanti kalau aku teringat lagi produk lain aku pakai yang success kat muka aku, aku cerita kat sini lagi. Sebab aku dah 21 tahun. Mana nak ingat produk dulu2. Then aku jugak nak bagitahu la produk apa aku pakai sekarang yang kekalkan aku kulit xberjerawat macam gambar mula2 tu.

Produk yang aku pakai sekarang:

 Pencuci muka ni aku pakai memang lembut kat muka aku. Aku pernah try pakai yang mud punya, habis berjerawat muka aku. Mybe aku xsesuai dengan yang mud tu. Ingat, lain orang lain kulit!













Tiga2 ni je aku pakai buat masa sekarang. Aku xada ambil mana2 supplement/collagen sebab tengah pokai. kahhh! Aku harap dapat bantu korang yang baca blog aku ni serba sedikit. Thank you for reading :) #muahciked

Thursday 5 May 2016

Pulau Kapas Expedition

18/3/2015(Jumaat)

 First task kitorang is kitorang diberi tiket bas. Setiap team lain2 masa bertolak so pandai2 la kitorang nak pergi tbs tu macam mana. Tapi kena make sure sampai tepat pada masa. Ceritanya kitorang punya bas is Jasa Pelangi. Memang sangat berjasa sebab selesa gilaa nak mateyy sebab dengan ada soket + luas gila. Selesa habis! Xada cerita pun kat sini sebab dalam bas kan so kitorang tidur dengan bahagia sampailah ke destinasi.

19/3/2015(Sabtu)

Tepat pukul 5.00 pagi, sampai ke stesen bas di Kuala Terengganu. Semua still mamai lagi. Nak dijadikan cerita, semua terjaga masa sampai tu. Tapi disebabkan mamai, semua nak sambung tidur. Aku cakaplah, "bukan dah sampai ke, asal korang xturun". Diorang xnak dengar cakap aku, so aku malulah kat situ aku ingat aku yg salah so aku pun duduk balik. Lepas tu sorang pakcik ni maybe nampak kami terpinga-pinga so dia pun tanya "adik semua ni nak pergi mana?" "Kami nak pergi Kuala Terengganu pakcik" "Laaa sinilah Kuala Terengganu. Kalau adik xberhenti sini, adik berhenti kat Unisza tu. Jauh tu dik".
Maka, kami pun turun dan menuju ke Masjid Putih iaitu task kami yg kedua.

Sampai di masjid putih kami tggu solat subuh. Kami bersihkan diri semua di situ. Pada pkul 8.00 pagi, kami berkumpul dan diberi task mengikut group masing2.

Task kami yg pertama, selfie dengan ape entah. macam jata tu. ok xingat so abaikan. Okey then dah. Kami pun menuju ke Masjid Terapung.  Kat sini kami kena interview sellers kat situ. Berdekatan dengan masjid tu ada Lagun . Lagun ni macam taman ada kedai and pondok rehat. Kira macam tempat lepak jugak lah. Kat sini kami kena interview tourists yg ada. Selepas sudah selesai semua task yg simple lagi menyeronokkan tu, kami pon ditugaskan untuk pergi ke checkpoint terakhir iaitu Pantai Batu Buruk. Tapi disebabkan kami lapar and panas, kami pergi KFC DULUUUU!!!


Bila diorang dah panggil, barulah kami pergi ke checkpoint. Hehe. Kat situ, ya Allah aku ni terpesona dengan cantiknya pantai tu. Ayaq jeghnih biru cantik giler. So aku selfie and ambil gambar banyak2. Nak tengok? Ni aku ada letak video teguih (⌒_ ⌒ )




Malam tu kami ada briefing kat tepi Pantai Batu Burok. 
Lawa kan. Xboleh moveon sampai sekarang. Lepas tu kami diberi tugas untuk masak di Pulau Kapas tu, and kami diberitahu barang kat Pulau Kapas tu mahal gila so kami decide utk beli dekat Kuala Terengganu je. Malam tu ketua kitorang suruh kami tidoq dekat tepi pantai tu. Kami on je. Ye lah kau dah penat plus sedap pulak tu angin sepoi2 tepi pantai tu.


 Tapi tiba-tiba ada mat2 rempit stop dekat dengan kitorang. Masa tu kami memang dah otw nak tidoq dah. Bila diorang datang memang xjadila nak tido. Seram la kot2 mereka buat apa2 kat kami kan. Yang lelaki tido kat pondok tinggi atas tu. Kami penat sangat so kami terpaksa lah ignore. Tiba-tiba sorang makcik datang approach kami. Dia kata "nanti air pasang dik. xsempat nak selamatkan diri". Kami apa lagi cuak laa. Lepas tu kami decide nak tido dekat masjid berhampiran. Masjid ladang nama dia. Kat situlah kitorang dapat ciuman dari sejuta nyamuk. Habis merah2 muka tangan kaki semua bangun pagi esoknya. Tekezut gilos. 

20/3/2016 (Ahad)

Maka bermulalah destinasi kami ke Pulau Kapas. Tibanya kami di stesen bas, kami diberitahu, bas bertolak pkul 8 pagi. Kami sampai sana dalam pkul 7 pagi macam tu so dpt bayang x kami bangun pkul berapa ? Transport ke Pulau Kapas pukul 9 kalau xsilap sebab tulah kitorang rushing na mateyy. Sambil tggu bas begerak kami pergi beli barang basah kering semu utk bekalan di Pulau Kapas nanti. 

Kitorang naik bot ke Pulau Kapas. Memang bapak laju bro tu bawak sampai nak tercabut tengkuk aku. Tapi memang best la sebab udara pagi kan. Dah nak sampai tu, subhanAllah air dia bapak jernih ko boleh nampak ikan, batu karang semua dalam air tu. Aku sangat2 speechless lawa gilaa. Aku rasa bertuah sangat sebab dapat tengok semua tu. Otw ke Pulau Kapas tu tetiba shida(roomate) pergi bagitahu semua org, haritu birthday aku. Maka bergemalah lagu birthday kat dalam tu. Malu gila but at the same time aku rasa happy sangat sebab sambut birthday dalam bot. Untung kan aku :)

Bla bla bla kitorang kemas semua masuk barang dalam khemah semua, kitorang pun mulalah aktiviti. Aktiviti bebas so memang bebas lah. Aku main bola tampar. Lepas tu kitorang main werewolf ramai2. Sampai ada yg shaking sebab takut mati. Kelakar gila padahal game je pun. Tapi aku pun cuak main game tu hahaha! Then Aku snorkeling sampai tengah laut waktu senja pulak tu. First time tau aku snorkeling. Memula cuak gak lah. Tapi fikir balik, bila lagi ko dapat moment macam ni. Memula tu aku patah balik pergi arat dengan shida(roomate). Tapi kitorang beranikan jugak, kitorang ikut geng2 pro pergi tengah laut tu. SubhanAllah. Xboleh diungkap dengan kata2 betapa indahnya ciptaan Allah evendo bawah laut. Lawa gilaa. Aku nampak ikan, hidupan yg aku pernah nampak dalam national geographic je. Jumpa depan2 rasa sejuta kali kesyukuran. 

Malam tu kitorang ada buat bbq. Teror gila brother perap ayam aku xtipu! Sedaplah senang cerita. So malam tu xada apa pun, makan je aktiviti malam tu. Yg dasyat nye, maybe aku ngan shida penat sangat. Masuk je dlm khemah, letak kepala, aku terus tidur xsedar apa. Tapi dalam pukul 4 pagi macam tu aku tersedar sebab panas. Badan aku berpeluh teruk gila! Tapi sebab penat sngat aku xpeduli dah panas tu. Aku sambung tidur. 

21/3/2016 Isnin

Tiba masa utk kitorang balik. Balik ni naik macam cruise sikit sebab boat besar. Nak tengok? Hehe 

Otw balik tu kitorang singgah satu restoran ni. Aku amaze dengan sata dia. First time makan and ya Allah sedapnyaaaaaaaaaaaa nak nangissssssss!!!! Dapat makan sata ngan otak2 ikan . yummm yummmmm. Okey lepas tu xda apa dah. Otw balik jee. Dalam pkul 7 malam jugak la sampai UIA . ok tu jeee. Ekspidisi ke Pulau Kapas pun berakhir. Yeyyy. 

Alhamdulillah semua selamat :) nak pergi lagiiiiiiii!!!!!








Wednesday 13 January 2016

Part-time work Part I

1. Kerja RNR

Habis je SPM aku terus cari kerja part time. yelah, xkan nak harapkan parents je nak tanggung aku belajar nanti kan. Aku whatsapp semua orang tanya ada x kerja part time. Lama jugak aku tunggu nak dapat kerja ni. Suatu hari tu kawan aku yg kerja kat rnr call aku. Dia ajak aku kerja dengan dia. Kerja apa? Kerja jual jambu je. Sebab sorang pekerja berhenti. Yg berhenti tu kawan aku jugak. Kitorang mmg satu sekolah.

Masa hari first time kerja tu cuak dia bukan takat butterfly je in stomach. Segala kumbang harimau singa dalam stomach ni sebab cuak dia ya Allah ketar lutut den. Aku pergi kerja dengan bos. Sebab bos aku tu satu taman ngan aku. So senang la kan. KO tahuuu aku naik kereta apa. Sat2 kereta Alphard, sat2 kreta ferrari, sport and so on. yaaa dia memang famous kat taman aku sebab kaya gila. Owner kedai jambu, and dua butik! Gila kau xkaya.

Sampai2 je kedai, semua org dalam tu senyap je. Diorang ambil tempat masing2 and buat kerja. Laju dia bapak ahhh, macam kilang. Aku dah la budak baru. Mana tahu nak buat apa2 kan. Dok tercegat je kat tepi tu. Diorang macam xnak ajar aku je. Aku xkisah, makan gaji buta pon best jugak kan. Astaghfirullah hehe...

Lepas tu bos panggil suruh bungkus jambu. Aku pon bungkus ikut suka hati aku. Mana lah aku tahu ada method nak bungkus. Muka dia bengang je. HELLOOOOOOO KAU YANG XAJAR AKU PEHALL DOO KAU NAK EMOO. haihh sabo jela. Then kawan aku tu pon ajar. Perasan x, kawan aku tu senyap macam bisu. Langsung xnak tolong aku. Tapi aku xkisah la, maybe dia takut dengan bos kan.

Selama aku kerja biasa lah ada baik ada buruk dia. Yg baik is aku kenal ramai orang. Aku kenal ramai pelanggan yg lalu lalang. Aku belajar communicate dengan orang. Aku belajar how to be hypocrite but in a good way. Aku belajar bersabar. Aku belajar susah. Aku belajar jujur. Aku belajar jadi org bawahan selalu kena pijak. Aku belajar macam2.

Nak cerita pasal jujur. One day, ada sorang customer tertinggal fon atas peti ais. Aku orang pertama nampak. Fon mahal la derr. Tapi, aku percaya, dia mesti datang balik cari. Lagipon orang punya, gila ke nak ambil hak orang. And i was right, he came and asked for his fon. I was gladly i cud help him. Mane lah tahu kalau org lain yg jumpa, dia sorok nak ambil kan. Who knows? Manusia is imperfect. 
And then one day, aku pergi tandas. Xtahu macam mana, aku lupa bawak fon keluar. Time tu aku pakai fon murah je but still, thats the only fon i got. I used my own money to buy it. Xkan lah aku nak buat bodoh je. Aku pergi tandas balik cari. Malangnya, fon aku dah xda. Terdetik hati aku nak tanya cleaner tandas tu kot lah dia baik hati jumpa and willing nak bagi balik. Alhamdulillah, dia kata dia dah bagi kat toke kedai makan. And then aku pon dapat balik fon aku tu. The moral of the story is, what you give you get back!

Haaaa. Aku pernah kerja kat butik bos aku. Best jugakla. Tapi sekali je. Lepas tu, dalam 3 hari lepas tu bos aku tanya whether aku nak kerja kat butik dia or kedai jambu tu. Sebab dia suka aku kerja butik, dia suka the way aku layan customers. And aku dah la first time kerja situ tapi customer dia dah macam2 beli kat kedai tu. Dia cerita ex2 pekerja butik dia bagi layanan teruk dekat customer. Usually xda customer pon. Isnt that great, i gave good impression to my bos kan.

Yang buruknya, and aku ingat sampai sekarang is aku kena maki depan2 pekerja tu. Kalau ada customer, customer pon takut aku rasa. Tapi memang salah aku pon. Tapi niat aku nak membantu je. Ada kedai depan aku ni, dia usually minta tolong jaga kedai dia skali. Haritu, kawan aku ni tolong jugak jaga so aku ingat its okey nak tolong jaga kedai org lain. Tapi aku silap. Lepas aku beres tolong layan satu customer kat kedai tu, balik2 je kat kedai bos aku, dia jerit memekik kata aku bodoh!!! Aku yang bayar kau, bukan dia yang bayar. Kau jaga jelah kedai aku. Kau nak jaga kedai dia pehal. Bodoh!! Kitorang xcukup tangan tadi. bla bla bla.... Aku time tu hanya Allah yg tahu betapa takutnya aku. Sedih sangat a nobody human being just called you bodoh. Even my parents xpernah cakap macam tu. Sedih sangat to infinity.

Kalau nak cerita pasal kawan pon sakit jugak. Kitorag kerja 3 org. Memang rapat lah time kerja tu. Tapi aku prasan something. Aku prasan last2 minit. Diorang tu macam kaki bodek skit. Bukan apa, diorang tahu bos suka pekerja yg kerja cepat, tangkas semua tu kan, diorang bagi aku kerja yg susah kat aku. Lepas tu, diorang act buat kerja laju gila and tunjukkan kat bos yg aku ni kerja lambat. Xsure diorang sedar ke x, tapi aku yg rasa ni, mestilah sedih. Kawan dari skolah kot, sebab nak dapatkan perhatian bos, sebab nak dapat pujian dari bos, diorang sanggup buat aku macam tu. And yaa, bos cakap aku kerja lambat because of that. Before ni okey je. Sampailah satu hari ni aku terjumpa kawan aku yg berhenti kerja tu. Dia berhenti kerja sebab kawan2 sekerja aku tula. Baru lah aku tahu. Selama ni aku xprasan. mntang2 aku ni lembut boleh pulak diorang pijak kepala aku.

Tapi, overall, kerja situ best la jugak sebab aku dapat belaja macam2. Duit aku pon dapat cover yuran masuk u. Siap ada belanja lebih lagi. Xada la aku susahkan mak ayah aku. Syukur Alhamduillah. Ini lah namanya belajar erti kehidupan. Kalau xda susah, kita xkan pernah boleh belajar. Sebab, manusia belajar dari kesilapan.


Wednesday 6 January 2016

PLKN

       Assalamualaikum. Hari ni nak story mory pasal PLKN. Sebab tadi dok khusyuk skrol fb tiba2 ternampak gmbar aku pegang M16. HAHA . so ape lagi, mengimbas kembali sejarah kenangan peristiwa suka duka time PLKN lah kan.

       Pengumuman calon2 yg tersenarai dapat PLKN time tu masa aku Form 5 kat sekolah menengah. #Jamanhingusan Dengar2 je nama naik mak aih, sedih dia bukan main. Sedih kot, orang kata PLKN ni susah, kau kene buli kene kerah buat tu ini, muka hitam semua sobss. Lepas tu xingat bila, aku nak cek dapat PLKN mana, tup2 aku dapat PLKN Teluk Rubiah. Yg bestnya, aku dapat sama tempat dengan bestfriend aku!! Gila kau xbest kan. Panggilan pertama pulak tu. Orang kata, panggilan pertama ni budak bebaik. So doubtless lah aku mmang budak baik. #janganbash

           The time has come, dh sampai kem, kitorang dibahagikan to groups which are ALPHA , BETA, CHARLIE ngan DELTA. Aku dapat Alpha tapi best friend aku tu dapat Delta. Asrama pon dapat lain2. Aku dapat Aminah. Dia aku lupa pulak dapat apa. Gambar kat bawah ni dormmates aku yg aku rindu sangat2 skang ni. Sebelah kanan tu katil aku. Sepatutnya kene tegang cadar semua kene kemas like hell. Kalau x memang katil kau tonggang tebalik dibuatnya sebab komanden mengamuk. Tapi gambar ni diambil masa nak balik dah. Kotla aku rindu katil aku yg relationship kami stands only for 3 months kan.


Malam pertama kat sini aku stres gak la. rindu family semua. Aku homesick 2minggu kot. Tiap minggu call. Tiap hari xleh sebab fon kene tarik. Tapi, makin lama makin seronok sebab bonding antara dormmates, groupmates memang terbaik gila sebab dah start heavy activities kan so semua macam kene cooperate gila2 punya. xkisah kongsi air,kongsi tempat tidur, kongsi cerita semua. Semua memang cerita situ habis kat situ. Best sangattttttttttttt!!!!


Aku memang xsuka berkawad tapi nak buat camne kan. haa kulit xpayah nak jaga sangat ewh kene kawad sni tengah2 panas terik dengan pakai celoreng bagai, boleh tadah satu baldi peluh. Awal2 masuk tu kitorng ada satu program yg involve modul. So kitorang just duduk dalam kelas. Tido selalu lewat, bangun subuh awal plak tu so kerja kitorang kalau modul xsyok, masing2 nyorok belakang kawan tido. Makanan kantin kat kem ni memang best. Lagipon kem ni antara makanan yg terbaik lah darik kem2 lain. yg Paling aku xboleh nak moveon sampai sekarang is nasi lemak dia. Kalau tahu je nasi lemak dia for breakfast aku rasa semua org turun kot. Macam aku berlari dah kejar nak makan nasi lemak dia. sumpah TERBAIKKK!! 

Ni part paing best. komanden kitorang sporting gilaaa. Kalau budak2 xbuat hal, hujung minggu dia bagi outing.Should be xboleh la kan, budak PLKN keluar outing tapi dia memang terbaik. Dalam dua kali jugak lah dapat keluar. 

DEMAM

Peristiwa aku demam pon xleh bla jugak. Disebabkan peristiwa ni lah komanden kenal aku. After balik dari mid break, aku demam panas. Teruk jugakla. Dahla banyak aktiviti kan, satu apah pon aku xlarat nak buat. So dormmates aku yg caring sangat pasal aku ni diorang paksa aku pergi klinik. mintak mc. So aku pon pergi la klinik. Masa tu, dia suruh rehat kat bilik rehat, mandi semua bagi segar. Aku pon buat lah apa dia suruh. Dia suruh aku rehat, aku apa lagi tidur lah. 

Tiba-tiba aku dengar orang ketuk pintu kuat gila. Aku dengan xpakai tudungnya gelabah la kan. Pakai tudung cepat2. Yang diorang ni dok panggil jerit2 kat luar nak pecah pintu. Lepas tu aku pon nyahutlah kata kejap2. Aku keluar je dari bilik tu semua muka cuak. Uish siap komanden ada kat tepi tu, lagilah aku cuak. Diorang cakap dah dekat 10 kali kejut aku aku xbangun. Aku memang xsedarlah jawabnya, aku kan demam. Lepas tu diorang suruh aku reht kat bilik.

Esoknya, si komanden ni pergi cerita kat atas pentas yg ada sorang budak pengsan kat dalam bilik. Almost nak pecahkan pintu. Aku time tu malu gila, nasib baik dia xsebut nama. Kalau x, malu gila dah kat situ. Lepas tu rajin jugakla kalau komanden terserempak ngan aku dia tegur. Siap ajak makan lagi. Untung gilos kan.

HARI KEBUDAYAAN

Hari kebudayaan ni xada apa sangat. Just nak cerita aku time ni pakai baju punjabi suit sebab aku kena bersajak atas pentas. And group kitorang menang. yeepeeeeeee!!!!

MALAM TERAKHIR

Malam terakhir ni macam anual grand dinner jugaklah. Ketua time ni aku lupa lah anggil apa, tapi aku ingat sampai sekarang nama dia sebab dia dormmates and groupmates aku. Dia memang seorang leader yg terbaik lah. Dia bukan yang pakai tudung tu. Yang pakai tudung tu aku okey. haaa nama di Liew Shaer Jin memperkenalkan.....




Dia ni lah yang pilih aku jadi assistant manager malam terakhir tu. Ya Allah punyalah busy aku, sampai xsempat nak makan, xsempat nak enjoy pon malam2 terakhir aku kat PLKN. Walau apepon yang jadi, program yg aku handle tu success. Alhamdulillah. Tu pon sebab budak2 PLKN semua memang membantu gila babengg punya. Diorang baik gila tiptop! Aku bersyukur sangat ada diorang as aku punya teammates. Memang semua happy gila malam ni. Makanan best, persembahan best. Tema fairy tale malam ni, aku xde la lawa pon sebab muka hitam, nak makeup pon dah xnampak mana satu celak mana satu kulit.

Perpisahan

Masa nak berpisah lah yang paling berat sekali. Sedih weyh dah 3 bulan bersama tapi kitorang kene berpisah pulak. Memangla, setiap perhubungan ada yang akan berpisah and ada yang akan kekal bersama kan. Aku naik bas yang menghala ke Tapah. Aku kene balik dlu sebab bas ke Kuala Lumpur esoknya. aah! Mostly budak kem is budak KL ngan budak Perak. 


Gambar tu diorang lambai aku masa aku nak balik. Sedih dia hanya Allah yg tahu. Aku xbeghenti menangis time ni. Nampak x abam2 botak kat situ. haa mostly skarang dah ada rambut and hensem. #ehsajacakap HAHAHA. So masa ni lah aku kene redha yg suka duka kat PLKN ni semua dah pon tamat. So thats it. Nampaknya PLKN dah xkan ada dah so, da apa pun nak sedih. Semua ni korang boleh dapat jugak masa korang belajar nanti. ok tu je nak oyak. ambo penat taip doh ni. nati ambo taip lagi deh. Assalamualaikum....

A great thanks to PLKN Teluk Rubiah batch 1,2013/2014. Our memories will be kept in my brain forever. Till we meet again ~

Before i forgot, nak selitkan sikit gambar geng hot aku masa PLKN. hehe Rindu :3